10 January 2011

makanan

semalam aku turun lambat makan kt DS(Dewan Selera) atas sebab sebab yang tertentu. memandangkan di Kolej Mara ni kitorang makan free, so makan pun ala ala zaman kat sekolah dulu la. aku and the gang sampai kt DS tu tengok tengok laik hanya tinggal ayam sahaja. nasib baik nasi ade lagi. aku memandang sayu dekat kaunter makanan tu. aku nak makan ape? sayur tinggal kuah je. ayam? aku xpandai makan ayam ; (


nampak macam sedap kan. aku teringin nak makan sebenarnya ; (

sebenarnya aku sangat choosy bab makanan ni. aku tak makan seafoods kecuali ketam. yang itu je lah yang aku pandai makan pun. daging aku memang tak makan. sebab aku memang tak suka daging dari dulu. ayam pula? aku makan, tapi dalam keadaan yang tertentu. chicken chop aku makan. sangat mengada ngada kan

dulu adalah kawan aku pernah cakap aku hanya makan makanan yang mahal mahal sahaja. yang murah murah aku tak layan. hahaha.. sangat lawak doe. ada juga yang pernah cakap, sesiapa yang kahwin dengan aku sangat senang. sebab hanya perlu belikan nasi untuk aku. hey, aku makan lauk lain juga ye. aku tak makan nasi semata mata. matilah aku kalau makan nasi saja kan. tak ada zat dalam badan. haha

makanan yang aku takkan beli kalau pergi KFC


and ada juga satu peristiwa masa tu aku masih sekolah lagi (ceyh, macam dah lama je tinggalkan zaman sekolahkan). kelas aku ada buat jamuan untuk cikgu praktikal aku. dan menunya adalah KFC snack plate. so terpaksalah aku membelinya. so aku pun offerlah ayam dua ketul tu kat classmate aku. kalau tak, dua dua ketul tu aku abgi kepada fit, tapi tibe tiba along nak. pastu dia cakap "kite kongsi ayam ni tau" pastu aku cakaplah aku tak pandai makan ayam. pastu dia nak tolong cubitkan isi ayam tu untuk aku. and dia betul betul buat ok. betapa malu nya aku time tu. semua orang usha kitorg pelik termasuklah cikgu.

oleh itu, janganlah choosy sangat bab makan makan ni. payah nanti, korang juga yang meranakan. jangan jadi macam aku, setiap kali makan kat DS dengan orang yang baru kenal aku atau makan kat kedai mamak kat luar sana tu org mesti pelik. minah ni vege ke. vege? hell no ok. aku makan tahu, makan...!

p/s sebenarnya aku ada banyak lagi pengalaman dengan ayam ni ; )

No comments: