21 March 2011

aku dah besar


Khamis lepas aku pergi bank. nak buat apa pergi bank? of course lah de urusan bank, macam bangang je soalannya. past 2 weeks aku ada suruh dorm-mates aku tolong bank in kan duit. memandangkan aku adalah seorang topup dealer yang famous di Kolej MARA, kenalah selalu pergi bank in duit. ok, sebenarnya statement aku famous tu tipu je, orang tak kenal siapa Mira, kalau tanya Mia lagi lah orang tak kenal. hahaha, stop merapu.


sambung cerita balik. tapi macam mana tah malang hari tu, duit tersangkut lah pulak. tersangkut macam mana jangan tanya aku lah, aku bukannya kerja bank. dorm-mates aku pulak tak perasan yang duit tu tersangkut, aku lahi tak tahu. aku tahu pun bila aku call company, and dia cakap dia tak terima langsung duit pada masa yang tercatat pada resit bank tu. atoyai, aku dah mula risau time tu

so the next thursday pulak, aku pergilah bank dengan memakai baju kurung pink, selipar pink pinjam atin punya. then aku jumpa lah puan kat receptionist tu, dia cakap aku kena buat report sebab banyak sangat duit masuk dalam account tu. pergh, kaya gak erk company tu. bila aku dah isi semua borang borang tu, nak kena tunggu photostate lah pulak. dah lah masa nak tunggu tu punya lama, ramai sangat peminat puan itu. hahaha

kemudian aku naiklah atas, berjumpa dengan incik pegawai bank. dia pun cakaplah, benda ney akan diuruskan oleh HQ dalam masa 3 hari bekerja. nanti dia akan call aku on the next wednesday untuk bagi tahu masa dan tarikh. aku amat memerlukan masa dan tarikh itu sebab nanti aku kena bagi tahu company, then baru dorang akan kredit kan topup dalam account topup aku.

again, lagi sekali aku berasa malang sebab incik pegawai bank tu tak call aku. oleh itu, aku pun pergilah bank lagi sekali khamis baru baru ney. tapi kali ney dengan mak aku. sebab aku nak balik rumah, cuti weekend. aku naiklah atas, sekali incik pegawai bank tu cutilah pulak, bala bala..
then aku jumpalah dengan incik pegawai bank yang lain. lama jugaklah dia nak semak data semua, dengan fail yang sangat tebal. cari dalam internet lagi. aku pulak tunggu depan kaunter macam nak nangeh pun ada. haha.. dah lah aku pakai baju kurung biru + seliper pink aku yang tunggu masa nak jahanam.

akhirnya settle pun masalah aku yang menyebabkan aku tak jual topup selama seminggu. habis semua customer aku lari. sampai budak dorm aku tolong jadi informer kepada sesiapa yang cari aku. hahaha, serious lawak.

tapi apa motif aku tulis benda ney semua dalam ney? sebenarnya aku nak membangga diri sebab aku dah pandai nak buat report, berurusan dengan incik incik bank yang handsome itu even aku hanya memakai seliper jepun. hahaha..

******


tadi ada budak datang kiub aku, nak beli topup lah kan. dia pun confidentnya berkata

cik pembeli: S(bukan ustaz S) mintak topup RM5. adakan number dia?

aku pulak dah tercenggang, S?

cik pembeli: tak ada erk?

hehehe, maaflah cik pembeli. saya tak tahu pun siapa itu S. kalau saya tahu pun mungkin saya hanya tahu muka, tanpa tahu nama. im really bad in memorizing others name and face, sorry. plus saya hanya simpan number my regular customer and my classmate and for sure my friends ; )

No comments: