29 March 2011

aku nak...

aku ada impian, semua orang ada impian. siapa tak ada impian, sila angkat kaki. kau tak ada impian? maka anda tergolong dalam golongan orang yang LOSER.

impian aku sejak aku form 1, aku nak jadi pilot. yes, kerja gila namanya tu. mak aku masa mula mula dengar memang serious terkejut gila. anak dia yang ayu, lagi comel ney nak jadi pilot? WTH.. ok, yang WTH tu aku yang tambah, mak aku tak cakap macam tu. then mak aku pun dah tak kesah, mak aku cakap. "kat mana mana pun boleh mati kak.." pergh sedih plak dengar

aku bercita cita nak jadi pilot ney since form 1, lepas aku ikut sekolah aku g rombongan kat melaka. cikgu ada bawak kitorang pergi Malaysian Flying Academy. masa mula mula masuk, tengok keadaan sekeliling tu masih tak ada perasaan lagi. even bro tu suruh try masuk dalam kapal terbang kecik tu pun aku pandang sebelah mata je. haha..

then lepas aku dah sembang dengan mamat 3 orang, yang merupakan student kat academy tu. aku dah mula intrested. dengar dorang cerita, rasa cool gile ar job ney. tapi bila dengar fees dia, pergh terus level keexcitedan aku menurun. dorang cakap fees dia around 200k. masa tu 2005, now pulak dah berapa?

paksu aku pernah cadang aku masuk Kolej Tentera Udara, tapi KTU dah tak ambik student start batch aku. sedih kot bila aku dapat tau. tak apa, harapan masih ada. aku pun try mintak UPNM, tapi tak lepas. result Add Maths aku menyebabkan aku tak lepas requirement dia. tu lah dulu time Add Maths orang belajar, kau tidur. padan muka!

sekarang aku kat Kolej Mara ney, plan nak mintak ar UPNM. then baru baru ney incik moyang cakap UPNM tak ambik pelajar lepasan Matrikulasi. pergh, serious aku nak menangis doe. aku memang mengharap gila ar.

aku tak tau nak buat macam mana, aku memang teringin sangat nak jadi pilot. mak aku cakap aku ney mata duitan. ish mak ney, mana ada. ikutkan boleh je kalau aku mintak MFA, tapi aku memikirkan kewangan family aku. memang tak kan cukup untuk aku mintak. lagi pun aku tak tau macam mana nak dapatkan approval dari DCA.

so sekarang ney, last choice aku adalah untuk mendapatkan degree dulu. then aku nak mintak kadet pilot Air Asia. aku tak boleh mintak guna result SPM aku, sebab Air Asia mintak english A. tapi aku cuma dapat B+ je. itu pun incik moyang tak bagi aku jadi cometcial pilot

sedihkan bila impian kita, cita cita kita berkemungkinan tak kesampaian. kadang kadang tu tension bila difikirkan. so siapa siapa yang anda contact or tahu apa yang boleh aku buat, bagi ar kat info kat aku. sharing is caring ; )

No comments: