22 March 2011

merokok

tadi masa dalam class fizik yang sepatutnya 3jam, tapi cikgu buat 2jam aku terima message

"kak, nak smoke esok boleh? 2 kotak, besok je... lepas tu tak dah."

zubir, dia ney dah macam adik aku pun. aku kenal dia masa camp Bomba kebangsaan 2009. aku dengan dia satu kontingen, kontingen perak. even alamat rumah kat ic aku penang, tapi dulu aku sekolah kat perak. masa tu aku form 5, dia pulak form 4. aku kenal dia sebab topup. time tu aku baru lagi berjinak jinak dalam menjadi topup dealer ney. dia adalah diantara penopup tegar, yang selalu beli topup dari aku. and dia juga menjadi wakil jualan kat khemah lelaki.

since dari situ aku rapat dengan dia, even dah habis kawad, camp kitorang still keep in touch sampai sekarang. dia banyak cerita masalah dengan aku, aku pun banyak bercerita dengan dia. esok result SPM keluar, so dia adalah diantara beratus ratus ribu pelajar lepasan SPM yang akan ambik result esok.

pada mulanya aku agak keberatan nak bagi dia smoking. sebab dia pernah cakap kat aku, dia tak nak smoking dah. aku agak terkejut jugak bila dia hantar message tu tadi. at the end aku bagi lah jugak, kakak yang teruk!

aku tanya member aku kenapa bila orang nervous or tension dia akan mula untuk merokok? nak tau apa diorang jawab..?

  1. bodoh
  2. banyak duit
  3. nak tunjuk hebat
aku tak tau lah tu jawapan betul atau main main dari diorang. sebab masa dorang jawab tu muka serious gila ar. aku tak tau nak percaya ke tak. sebab aku sendiri tak tau kenapa orang akan mula merokok bila tension. tapi aku rasa diorang main main je tu.

dorang ada cakap lagi, asap rokok tu bila dihembus macam menghembuskan segala macam masalah yang berserabut dalam kepala. betul ke? padahal masalah tu bukan asap pun. kalau betul lah masalah tu boleh dihembus keluar melalui asap rokok, kenapa masih ramai kes bunuh diri yang berlaku pada masa sekarang?

ambil contoh di Korea Selatan. Korea Selatan, yang mempunyai banyak idol group pujaan korang tu adalah negara tertinggi yang mempunyai kes bunuh diri. kalau betul masalahtu dapat dilupakan, tapi kenapa masih ramai orang yang membunuh diri sebab tertekan?

ok, mungkin bila seseorang tu merokok dia merasakan dia dapat melupakan masalah tu sebentar. then bila dia dah lupa, tiba tiba teringat balik. mesti dia cari rokok untuk lupakan balik masalah tu. dan proses tu akan berulang sehingga ketagih dengan rokok tersebut.

sedang masih banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menghilangkan tekanan dan nervous. macam aku, kalau aku nervous badan aku akan cenderung untuk bergerak atau aku akan menari. tapi bagi orang lain mungkin caranya berbeza.

aku bukan nak mengondem sesiapa yang merokok, sedangkan adik aku, zubir tu pun dia nak smoking balik sebab mungkin dia cuak dengan result esok. mungkin konsep orang yang merokok ney sama mengapa orang menangis bila sedih atau tertekan. untuk mengurangkan beban yang ada. tapi still, aku cukup tak bersetuju seseorang tu perlu merokok bila tertekan.

p/s entry untuk bulan ney tiada gambar. broadband dah mula slow, so tak boleh nak upload. kalau dah ok aku upload



1 comment:

a girl said...

bila aku tension, aku akan tidur.. hehehehe