12 March 2011

pesanan seorang guru untuk anak muridnya


cikgu Ikhwan in our memories ; )

Pesanan terakhir Cikgu Ikhwan sebelum pergi meninggalkan KMK…

“Cuma satu je niat kamu, niat kamu untuk jadi lebih baik dari ayah kamu. Nanti kamu fikir ayah kamu tu keluarga macam mana, kerja macam mana. Niat kamu untuk jadi lebih baik daripada dia. Kalau setakat study untuk lepas cukup cukup makan saja memang tak cukup. Kebanyakan sekarang ney kamu tengok abang abang, kakak kakak kamu yang masih lagi menganggur, dorang nak cari kerja syarat yang ditetapkan adalah pointer minimum 3.4 untuk dipanggil temuduga. Kalau kita hanya cukup cukup makan, 2.0 maksudnya semua C, memang takkan di panggil untuk temuduga untuk mana mana syarikat pun. Kamu nak rebut peluang untuk mengisi kekosongan dekat mana mana university atau kursus yang kamu nak, tak semestinya dengan result kamu tu, kamu dapat. Cikgu takut nanti dengan result kamu tu, kamu akan dilelong. Contoh kita mintak engineering, tapi dapat kursus ilmu kemanusiaan. Kita tak nak macam tu. Bila kita dapat kursus ilmu kemanusiaan, buat apa kita pergi. Baik tak payah pergi. So tolong erk.

Kamu dalam matrikulasi ney, inilah satu satunya program ekspress kamu untuk mendapatkan ijazah. Setengah orang dia terpaksa buat pra science, terpaksa buat diploma dulu. Barulah boleh buat ijazah pertama. Tapi lepas matrikulasi setahun terus buat ijazah. Gunakan peluang ney. Kalau kamu dah gagal kat sini, tak semestinya kamu gagal untuk selamanya. Tapi jalan tu akan jadi lebih panjang.



dengan cikgu, tapi ramai yang tak ada


Ingat, ingat, ingat erk, ingat satu je. Jadilah orang. Kemudian ingat satu lagi iaitu, niat dalam hati kita nak upgradekita punya family. Kalau mak ayah kita jadi cikgu, kamu nak upgrade jadi lebih dari itu. Tunjukkan bahawa kita ney, mak ayah ilmu yang dia bagi kat kamu tu, kamu gunakan lebih lagi. Harapan mak ayah tu kamu patut, walau pun dia tak cakap dengan kamu. Keluar tu bagi duit, “studylah elok elok”. Tapi bila dating result, dapat tahu kamu tak lepas, cikgu faham macam mana keadaannya. Tanyalah mana mana cikgu yang lain. kalau anak anak tak lepas, mak ayah dating ambik tu tanyalah dorang macam mana perasaannya. Dorang tak cakap dengan anak, depan anak ney Cuma cakap “Alah, nak buat macam mana, dah tak dapat.” Kekadang cakap, “ish,bodohlah anak aku ney.” Dia boleh cakap macam tu. Kita dengar biasa, tapi bila dia cakap dengan cikgu, kita yang rasa sedih. Kita tahu perasaan dia. So tolong erk, tolong kamu study untuk kamu dan juga untuk family kamu.

Cikgu rasa tu je yang cikgu nak cakap. Apa pun cikgu ucap selamat dalam apa apa jua bidang, selamat mengambil peperiksaan dan cikgu mintak maaflah kalau dalam class ada yang terkasar bahasa atau pun ada tindakan cikgu yang memalukan kamu. Yang mengguris hari kamu, membuatkan kamu terasa, cikgu mintak maaf. Apa apa yang kamu buat kat cikgu, kamu marah kat cikgu, kamu dah mintak maaf tu insyaAllah cikgu dah maafkan. Selamat Berjaya, selamat maju jaya dan selamat menghadapi peperiksaan. Sekian terima kasih.”

Yang ini pulak sambungan masa dekat car park lepas kitorang tolong angkat barang cikgu masuk dalam kereta.
“ kalau boleh cikgu tak nak dengar cerita yang tak elok pasal kamu. Kalau cerita tak lepas exam tu cikgu tak kisah sangat. Tapi kalau cerita tak elok, kamu fahamkan maksud cikgu. Kamu patutnya, lepas ney semuanya jadi kalau boleh jadi orang. Cikgu tak nak jadi macam orang yang cikgu kenal tiba tiba ada cerita yang kurang elok. Walau pun kamu tak Berjaya dekat akademik, kamu Berjaya kat tempat lain. Walau pun kamu jadi apa apa pun yang penting jadi ORANG. Kerjalah apa apa pun, tapi kamu tetap ada prinsip, buat kerja dengan amanah. Jadi cikgu pun, tak amanag, tak adil memang tak guna lah. Asal kamu Berjaya, tapi kamu tak jadi orang tak guna jugak”

Terima kasih cikgu, insyaAllah pesanan cikgu ney kitorang akan ingat sampai bila bila. Semoga cikgu Berjaya di dunia dan di akhirat, amin…

Credit to hajar, dia yang rakam semua ney ; )

No comments: