27 March 2011

surat untuk incik sayataktaunama #2

Assalamualaikum..

hye awak, bertemu kembali kita di surat yang seterusnya. mesti awak tertunggu tunggu surat seterusnya dari saya kan. ye lah, saya kan dah janji nak tulis lagi surat kat awak. see, sekarang saya dah tulis surat yang baru untuk awak. mungkin agak lewat, al maklumlah final exam dah nak dekat kan. eyh, awak dah ready ke?

eyh eyh terpanjanglah pulak mukadimahnya. terlupa nak tanya awak sehat ke tak? mesti awak sehat kan, saya tengok awak tadi sehat je. awek awak sehat? ops, terlebih sudah...

awak seronok dengan majlis malam permata gemilang itu hari? saya ada ternampak awak tau, awak tengah duduk kat meja dengan classmate awak yang lain. saya ada lalu depan awak masa nak pergi ke meja saya dekat LUAR dewan tu, mesti awak tak perasan saya kan. tapi saya tak kisah, awak tak nampak saya lagi bagus. sebab saya sangat selekeh itu hari. biasalah, mood tengah memberontak masa tu. hahaha

masa rehat pukul 10 tadi awak makan tak? tadi makan roti cicah dengan kari ayam. sangat sedap, even saya tak makan ayam tu. tapi kan, saya dapat seketul je roti tu, orang yang terdahulu ambik kebanyakannya semua dapat dua. kenapa saya pun tak dapat dua, dia tak tau ke yang saya ney lapar dari malam tadi. huh, sungguh tak adil!

incik sayataktaunama,
awak potong rambut eyh...? comel lah awak potong rambut. saya sangat suka tengok awak dengan rambut awak yang baru. macam budak budak, tapi still comel. awak buat lah rambut macam mana pun, awak tetap comel. ops, gatalnya saya. awak terpaksa terima tau, saya memang macam ney. cepat excited. lagi lagi orang comel macam awak. hehehe

awak baru potong rambut atau saya yang baru perasan tadi? tu pun saya nampak baca paper kat board depan jabatan maths tadi. tapi awak disebalik board tu, so saya nampak awak kejap je lah.
lagi pun saya dah lambat nak masuk class chemistry tadi. saya bagitau kat uyun, tapi dia tak nampak awak. hahaha, padan muka dia sebab tak nampak awak.

awak, awak. final dah nak dekat kan. lagi berapa minggu je. awak dah ready ke? saya takut lah. macam tak bersedia je nk jawab soalan soalan exam tu. awak tak takut ke? saya risau dengan maths, chemistry dengan physics. physics lagi lah saya tak study lagi. alamak, macam mana ney... ; (

okey lah awak, dah macam panjang dah je surat saya ney. nanti tak larat pulak awak nak baca apa yang saya mengarut. nanti kalau saya ada idea lagi nak mengarut saya tulis surat untuk incik sayataktaunama ok. sampai disini dulu. good luck untuk final exam awak. semoga KITA dapat result yang cemerlang, amin.. hee






2 comments:

a girl said...

hahaha.. saya pun exited bace surat awak

Mira said...

WAH..
awk tolong jwb untuk incik sayataktaunama erk
haha