20 April 2011

10 bulan kemudian...

sekarang dah pukul 4. aku baru je habis kemas barang barang aku. itu pun beg baju ada lagi dalam kereta, aku lupa nak ambik tadi. malas pulak nak keluar untuk ambik baju baju tu.

tadi, tepat pukul 10 pagi berakhirlah hidup aku sebagai pelajar matrik, pelajar Kolej MARA. masa ketua pengawas tu annouce masa dah tamat tadi, serious aku rasa berdebar gile. tak tau lah sebab apa, aku rasa seram sejuk semacam. erm, dewan aku tu haunted ke. takut ar plak. dah lah aku pernah dengar cerita pasal dewan tu... errrk...!

lepas exam tadi, budak budak kelas aku berkumpul kt study putera. berkumpul buat kali terakhir. bersalam salaman, mintak maaf. aku tengok dari jauh je. serious aku tak suka suasana macam ney. kalau boleh aku nak blah je tadi, tapi macam tak elok pulak. lepas ney belum tentu lagi boleh jumpa dorang kan. mesti aku rindu dorang gile gile punye.

bila dah sampai dorm, sorang sorang aku tengok yang pergi. ada yang nangis, eiii serious aku tak suka, kenapa perlu kenal then berpisah. macam kat Arzec dulu, Brash pun sama. 10 bulan, even kejap tapi macam macam dah aku lalui dekat sini. macam macam orang aku dah kenal. sekarang aku pun dah boleh faham sikit sikit loghat kelantan ; )

tadi sempatlah tangkap gambar buat kali pertama dan terakhir dengan kiubmate aku, yana. hahaha, teruk kan kitorang, baru nak tangkap gambar sekarang. 10 bulan kemudian baru nak bergambar. tak pe, at least ade memories an. stay up sampai 4 pagi sebab nak tengok playful kiss sampai habis kan yana ; ) mia mesti rindu yana nanti.. ; ((

kepada semua warga TULUS, macam macam kita dah pernah buat kan. lepas ney tak boleh nak lepak ramai ramai lagi. thanks jugak sebab support aku dalam jual topup ney. korang banyak tolong aku. especially yana. aku selalu hilang dari kiub aku, korang selalu tolong customer aku cari aku. korang jugak jadi informer kalau topup dah habis, tolong promote kat kawan kawan korang. terima kasih banyak banyak ; )

incik sayataktaunama, lepas ney saya dah tak boleh nak usha awak. dah seminggu lebih saya tak nampak awak. sepanjang exam week ney saya langsung tak nampak awak, kali terakhir saya nampak awak masa study week. sebelum saya tulis surat ini untuk awak. tadi sebelum saya naik dorm, saya ada jugak tercari cari awak, tapi tak jumpa. awak mungkin kat tempat lain. atau mungkin awak ada kat situ, tapi saya tak nampak awak

selamat tinggal Kolej MARA, cikgu cikgu, rakan rakan. warga dorm TULUS, warga kelas O, geng kawad, kesatria, semua kawan kawan aku kat Kolej MARA ney and last but not least incik saya taktaunama. aku sayang korang semua and again, aku tersangatlah tak suka situasi ney. ingat aku sampai bila. insyaAllah kalau ada jodoh kita jumpa lagi. insyaAllah

Selamat tinggal...

3 comments:

a girl said...

SEDIHNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE........ ):

Mira said...

bongek.haha

a girl said...

tak. seriously... sedih nye nak menagku kita dah tua kan kan ??