10 April 2011

BBQ kelas O

yeah dah settle semua hal berkautan dengan BBQ kelas aku itu hari. tadi dah hantar tray, pinggang, cawan dengan apa tah lagi kat stor. hal dengan pejabat pun dah settle, duit pun dah dapat balik. so sekarang tak payah nak fokor pasal jamuan dah, semua dah settle. yippie!!!

pada 8 April 2010 semua pelajar kelas O telah bersuka ria di astaka Kolej MARA dengan mengadakan BBQ. acara bermula pada pukul 8 dan berakhir hampir pukul 1. hari yang sangat meletihkan tapi tersangatlah enjoy ; )

tapi masa awal awal tu ada masalah sikit ar. sosej yang kitorg simpan kat DStak boleh nak ambik. sebab, bilik makanan sejuk tu dah dikunci oleh pekerja shift pagi. aku dah cuak, serious cuak, tak tau nak buat macam mana. tapi nasib baik boleh ambik. thanks to that bro DS sebab dia menusuk masuk bilik makanan sejuk tu. bro DS itu sangat cool. i like, haha.. dan aku sangat excited sebab bro DS yang tinggi gila, bila bagi makan kat kaunter tu tak nampak pun mata dia. yang Hajar panggil abang pengarah, sebab Hajar cakap muka dia macam Syamsul Yusuf (erm, itu aku tak pasti) tu, aku dapat number phone dia. haha, jangan jelous, especially Hajar. hehe

ouh ya, selain pelajar kelas O. ex student kelas O pun ada jugak, Azri my ex tutormate yang sekarang belajar kat IPG Bukit Mertajam. tapi kenapa Azri je yang datang. mana ex student yang lain? ssss syafiq(rindu kat ssssss), fau, syahmi, pian dan hadi. lama tak nampak dorang kan. Cikgu ikhwan pun dijemput, tapi cikgu tak dapat datang kot. jauh sangat Kuala Nerang dengan Kulim. cikgu yang datang hanya Cikgu Bahar dan Teacher Norrisalha je.

aktiviti kami adalah makan, makan dan makan saja. makanan punyalah banyak. ayam sampai tengah malam pun tak habis bakar lagi. ouh ya, lupa nak senaraikan menu makanan kami. menunya adalah :
  1. ikan bakar
  2. ayam bakar
  3. nasi goreng DS
  4. air asam
  5. buah buahan (orange dan betik)
  6. snack, junk food
  7. air anggur
nampak macam sikit kan, tapi tak habis kot. nayak di tapau bawak balik dorm. lepas makan kitorang main true or dare. hehe, lawak kepada yang terkena tu. mastermind disebalik game ini adalah Uyun, dia yang buat soalan soalan untuk game ini. tapi tak semua yang kena, salah sorangnya adalah aku. selamat, hee. aku ada rakam videonya, nanti bila bila aku share ok ; )

then lepas main true or dare kitorang main air pulak. main baling belon pecah. lepas habis belon, guna baldi pulak. tepung pun ada main jugak. memang teruk ar siapa yang kena. aku pun ada kena tepun jugak, sikit je. tapi semua orang basah lencun. sampai ada yang kena peluk, tak nak bagi lari untuk di simbahkan dengan air. kesian jugak a few people kne baling dengan air sambal, sampai pedih mata.

lepas havoc main air, sampai kaki aku luka2 sebab aku lari atas tar tanpa memakai selipar. mim pulak kesian sebab selipar dia terputus, bermulanya penyampaian anugerah kepada semua pelajar kelas O. itu pun ada yang sudah balik. anugerah ini dinilai oleh semua pelajar. setiap tutor wajib menilai pelajar dari tutor yang lain. O1 nilai O3, O2 nilai O4 dan begitulah sebaliknya. anugerah ini hanya diketahui oleh tutor yang menilainya sahaja. berikut adalah senarai penerima anugerah:

hajar- kipas-susah-mati korea
aimie- miss perfectness
atie- gadis misteri
aina- gadis colgate
mim- clumsy girl
neda- ratu april fool
paie- jejaka senyuman menggoda
raefi- melayu "bermasalah"
yahya- bilal muda
shafeeq- jejaka hati kering
nanad- pelajar paling comel
fifa- pelajar genius
che- photographer terunggul
sal- pelajar senyuman memikat
fiza- sprinter kolej
nass- pelajar paling riang
fahim- pelajar yang paling berterus terang
anep- suara emas
faeez- pelajar paling famous(comel)
nazri- pelajar paling cool
amin- soft spoken(YB)
ifat- chinese look
napi- pengusaha saloon
suhi- pelajar paling disayangi
nisa- miss shyness
baz- rappers KMK
amna- butik bergerak
uyun- co-partner terlaris
mia- usahawan paling top di KMK
sya- green versatile
wani- slumber cool
fida- dalam hati ada taman
yasmin- pelajar paling hot
nina- mami jarum KMK
as- pelajar paling kepoh
pg- boys zone, no girls are allowed
iffan- suara emas
ezany- budget hot

* aku tak berapa nak ingat, jika ada kesilapan sila beritahu aku

dengan berakhirnya penyampaian anugerah tu, majlis ney pun selesailah. semua orang busy kemas kemas astaka. even penat, aku amat enjoy malam tu. dengan makan banyak nya. nasi goreng tu sangat pedas, rasa macam nak menangis je.

to all students of class O, take this as our last memories. as this will ber our last time to gather like this. after this all of us will be busy to focus for our study. tomorrow will be our first paper, english paper 2. so all teh best for all of u, hope wa can score with flying colours. goodluck. hope this friendship will last forever, insyaAllah..

p/s aku masih dalam proses mengumpul gambar dari kamera yang sangat banyak malam tu


*********************************

dah seminggu lebih topup tak ada, semalam aku pergi petronas, nak bank in duit. cash deposit machine (CDM) pulak rosak. aku malas nak pergi pekan kulim. tengok ar bila bila aku pergi lagi sekali, insyaAllah masa terdekat ini topup ada balik...



No comments: