06 April 2011

surat untuk incik sayataktaunama #3

Assalamualakum

Apa khabar awak di sana? sehat tak? saya disini sehat sehat saja. awak mesti rindu nak baca surat saya kan. maaflah saya lama tak tulis surat untuk awak. final bakal menjelang, oleh itu saya busy dengan tidur. untuk menenangkan fikiran.




macam mana dengan persiapan awak untuk final minggu depan. awak mesti dah ready kan. saya tengok awak rajin turun kat blok akademik sepanjang study week ney (padahal baru 2 kali je nampak). saya malas sangat nak study kat bangunan akademik tu. saya turun pun terpaksa, sebab kat dorm saya tak ada elektrik. dorm awak ada elektrik tak. saya dengar dorang saja je buat macam tu, nak bagi KITA turun untuk KITA berjumpa.

awak, awak suka pakai kemeja putih erk. saya selalu nampak awak dengan kemeja putih. ouh awak sangat comel dengan kemeja putih awak. awak buat saya, ouh... rasa nak pengsan. hahaha, ok itu saya tipu. awak buat saya berkata dalam hati, "comelnya incik sayataktaunama ney.." dan awak berjaya membuat saya tersenyum sorang sorang setiap kali saya ternampak awak. jangan orang cop saya ney gila sudah lah.



lebih kurang macam ney lah baju yang awak suka pakai

awak dah dapat majalah Kolej MARA kan. apa komen awak tentang majalah tu. mesti awak tak puas hati kan, ye lah dalam majalah tu tak banyak gambar KITA. ish, siapa editor dia ney. saya rasa nak marah marah je. kenapa dia tak letak gambar KITA. setakat gambar kelas je ada muka KITA, tak publisiti lah kan..?

saya baru tau awak orang terengganu. mana saya tau? saya tau dari majalah Kolej MARA lah. dan memandangkan saya dah tau awak asal dari mana, mestilah saya dah yau nama awak kan. ye saya dah tau nama awak. dan nama awak pun comel jugak, macam awak. kenapa saya suka kaitkan comel dengan awak ney? iye saya tau, sebab awak memang comel pun.

incik sayataktaunama,

saya dah tau nama awak, tapi boleh tak saya panggil awak incik sayataktaunama jugak. saya tak nak panggil nama betul awak. nanti dorang tau lah, then dorang cerita kat awak pasal surat ney. ouh malunya saya nanti. mesti awak tak nak tengok saya malu kan. so, awak jangan marah lah kalau saya still panggil awak incik sayataktaunama. barulah special kan, sebab saya sorang je panggil awak macam tu.

ok lah awak, sebenarnya saya memang tak ada idea nak tulis apa untuk awak. tapi tangan saya dah gatal sangat nak menulis untuk awak. saya harap awak boleh buat yang terbaik untuk final ney. doakan kejayaan KITA ok. dan satu lagi, buat yang terbaik untuk ujian munSyi nanti. GOOD LUCK incik sayataktaunama..

2 comments:

a girl said...

sumpah tak boleh belah. stalker habis doh

Mira said...

aku bkn stalker ar..