18 April 2011

surat untuk incik sayataktaunama #4

assalamualaikum

awak apa khabar? sehat? macam mana dengan exam, ok tak? maaflah sebab saya dah lama tak tulis surat untuk awak, saya agak busy lately. bukan busy study, tapi busy tengok movie.

macam mana dengan exam awak? tinggal lagi satu paper je lagi, chemistry 1. tadi, bila dah habis chemistry 2 saya rasa sangat lega. rasa macam dah nak balik rumah je. sabar ok mira, tinggal dua hari je kat sini. lepas ney saya dah tak boleh nak tengok awak kan.
incik sayataktaunama,

awak balik terengganu bila, 20hb atau 21hb? saya balik 20hb kot, saya pun tak pasti sebenarnya. tapi saya memang tak sabar nak balik rumah. awak tau, saya sanggup beli hardisk dan memenuhkan hardisk tu semata mata nak mengisi masa saya selama 5 bulan kat rumah tu. saya kalau boleh nak kerja, tapi tak tau lah kalau mak saya bagi ke tak. awak nak kerja? mesti awak nak kan, nanti kerja elok elok ok ; )

dah seminggu lebih saya tak nampak awak kan. ea lah dewan exam kita tak sama. saya kat siantan, nun jauh kt asrama lelaki. awak pulak kat mana erk? kat atas DS lelaki erk? dulu saya selalu nampak awak pun kat bangunan akademik. dah lah kita punya jurusan berbeza, awak sains hayat, saya pulak sains fizikal. macam tak ada jodoh je kan.

awak nak tau tau, saya dapat offer interview MIAT UniKL. saya sangat excited. awak tau, saya teringin sangat nak repair repair kapal terbang yang sangat besar tu. tapi saya takutlah, saya tak pernah pergi interview, saya tak ada pengalaman, saya tak tau nak kena buat apa nanti. siapa yang boleh tolong saya?

oklah awak, sebenarnya saya tak tau nak tulis apa kat awak. ini mungkin surat terakhir saya untuk awak kat Kolej MARA ney. tapi saya harap bukan terakhir walaupun saya tak kan jumpa awak dah lepas ney. semoga awak berjaya dalam hidup awak. selamat tinggal incik sayataktaunama ; (

semoga satu hari nanti saya akan berjumpa balik dengan awak walaupun awak tak pernah tau pun siapa saya. biar pun saya hanya boleh lihat awak dari jauh..

wassalam...

No comments: