24 May 2011

boleh tak kalau aku nak pegang awan..?

Assalamualaikum
Pada suatu petang yang damai, aku dalam perjalanan dari Parit Buntar ke KL. Sedang aku asyik melihat pemandangan yang indah ciptaan Tuhan, aku tertanya Tanya, “boleh tak kalau aku nak pegang awan?”


Boleh ke aku pegang awan, macam mana rasa pegang awan tu erk? Ada macam pegang gula gula kapas tak. Atau macam asap, tak boleh disentuh tapi hanya boleh dipandang? Haha, aku rasa macam lagu Black pulak.
Ada member aku bagi idea, naik kapal terbang. Kalau aku ada banyak duit dah lama aku naik. Tapi macam tak boleh pulak, kan tekanan udara kat atas tu tinggi. Mana boleh nak bukak tingkap kapal terbang tu suka suki je.
Awan tu tinggi kan, tapi tak setinggi langit. Ye ke, aku pun tak pasti. Main tulis je. Hehe.. setinggi cita cita aku. Aku pernah cerita kan sebelum ney yang aku teringin sangat nak jadi pilot. Nak masuk air force? Aku rasa tak mungkin lah, aku kena panggil interview UPNM itu hari pun dapat awam. Bukan kadet, baik tak payah. Tapi aku memang plan tak nak masuk UPNM pun. Kau tau tak UPNM tu ape? Cari sendiri lah erk..
Sekarang aku sedang menanam minat dalam bidang aviation. Kenapa aku pilih aviation? Aku nak teringin sangat nak jadi pilot, tapi memandangkan macam tak mungkin je untuk aku jadi pilot aku pilih avation. Even aku tak dapat bawak kapal terbang tu, tapi aku harap pilot yang bawak kapal terbang under aku akan tolong bawak kan bagi pihak aku. Ouh, apa aku merepek ney…!
FYI kepada sesiapa yang nak sambung pelajaran dalam bidang aeronautic, boleh try apply kt UTHM. Dorang ada tawarkan ijazah aeronautic (kalau dip aku tak pasti) dan korang jugak berpeluang untuk menjalani latihan penerbangan di Asia Pasific Flight Training(APFT), Kota Bahru, Kelantan.

No comments: