19 May 2011

sejam dan 10 minit

Dalam masa sejam dan 10 minit orang cari dia, dari station monorel sampai ke mydin. Dalam sejam dan 10 minit jugak orang jumpa dia. Sejam dan 10 minit yang tak boleh nak gantikan masa 4 bulan kita tak jumpa..
Sejam dan 10 minit, macam macam orang buat dengan dia. Orang ikut dia dengan family dia shopping, macam masa mula mula orang jumpa dia dulu. Orang ikut je kan mana dia pergi. Semalam jugak kali kedua orang makan dengan family dia. Sebenarnya orang segan tau nak makan dengan family dia. Tapi dia ada kat depan orang, tak adalah segan sangat kot. Hehe
Lepas makan, kita jalan jalan lagi. Ayah dia bawak pergi bazaar. Dia nak belikan orang cincin, tapi orang tak nak, mahal sangat. Macam macam dia nak belikan untuk orang, tapi orang tak nak. Orang nak dia je, boleh tak..?
Kepala dia luka, kena batu kelmarin. Dia tau kan orang risau gila bila dapat tahu dia sampai pengsan. Mak dia pun ada bagitau orang yang dia pengsan kelmarin semalam. orang nak tengok luka dia tu, tapi dia tak bagi. Orang nak tengok je, bukan nk buat pape pun kat luka dia tu..
Lepas family dia habis pusing pusing dalam bazaar tu, dia cakap nak hantar orang kat station monorel. Awal lagi, dia dah nak orang balik ke..? dia dah tak nak jumpa orang dah ke..? kenapa nak hantar orang balik dah..?
Sepanjang orang jalan dengan dia, orang rasa sedih je. Dia nak orang balik dah. Masa kat escalator kat station monorel tu dia ajak tangkap gambar, sebab dulu orang pernah cakap kat dia, setiap kali kita jumpa kita kena tangkap gambar. Tapi orang tak nak tangkap gambar dengan dia semalam. orang sedih sangat orang dah nak kena balik.
Tapi sekarang orang rasa menyesal sangat tak tangkap gambar dengan dia. Kita bukan selalu dapat jumpa. Dalam 2 tahun dan 7 bulan ney baru 8 kali kita jumpa termasuk yang semalan.. Orang tak pernah lupa saat saat setiap kali kita jumpa..
Lepas orang dah masuk kat platform, dia pun patah balik nak pergi kat family dia. Orang tunggu je nak tengok dia cross jalan tu dari platform, tapi orang tak nampak dia. Mata orang dah berair bila dia dah nak pergi tu..
Semalam dia cakap kejap sangat kita jumpa, sejam dan 10 minit. Tapi bagi orang dah cukuplah, sekurang kurangnya orang boleh jumpa dia. Dah 4 bulan orang tak jumpa dia, last orang jumpa dia masa cuti mid sem 2, bulan 1 hari tu.
Tapi dia de cakap kat orang, bila dia cuti nanti dia nak datang sini jumpa orang. Orang nak sangant dia datang sini, jumpa orang. Mintak mintak jadi lah ea incik moyang ; )
p/s dah lama tulis entry ney, tapi baru post

2 comments:

a girl said...

now aku yang jelous dgn kau -,-

Mira said...

hey,jgn lah ckp cm tu..
serba salah pulak