19 June 2011

confession of a daughter:happy father's day

Assalamualaikum
Buat abah, bagaimana keadaan abah disana? Akak dan  yang lain semua sehat disini, melalui hidup dengan sebaik mungkin setelah ketiadaan abah.

Tahun ney, dah genap 5 tahun abah pergi. 5 tahun yang kitorang sedaya upaya untuk hidup dengan baik. 5 tahun  yang macam macam perkara telah berlaku..

Tak sampai setahun abah pergi, mak ambik keputusan pindah balik ke kampung. Keputusan yang amat payah untuk mak dan untuk akak jugak. 14 tahun akak hidup dan memnbesar kat sana, bila mak buat keputusan untuk pindah agak susah bagi akak..

Abah nak tahu, along sekarang dah kawin. Dengan orang negeri Sembilan. Akhirnya along dah kawin, angah tak tahu bila lagi. Masih tak ada calon. Hehe.. tapi, abah tak dapat tengok anak anak abah ney kawin kan. Abah tak ada untuk menjadi wali kitorang..

Along dah habis belajar, beberapa bulan abah pergi angah sambung belajar kat IKBN. Masa tu pak ngah lan yang teman mak hantar angah. masa akak masuk brash dulu pulak paksu yang teman mak, Cuma masa akak masuk Kolej MARA je mak hantar sendiri. Tak ada yang teman, sebab dekat je.. along je lah yang sempat abah hantar masa along masuk kolej dulu

Akak ingat lagi muka abah masa abah bagi akak duit penghargaan sebab akak cemerlang UPSR dulu, abah senyum sambil ucapkan tahniah. Abah jarang senyum, akak pun dah malu malu time tu. Memang akak tak expect abah akan bagi akak duit tu, sebab abah tak pernah janjikan apa apa pun kat akak. Akak bagi tahu result akak pun melalui phone, sebab abah kerja hari tu. Tapi sekarang akak tak boleh dah nak bagi tahu result akak kat abah lagi

Akak pergi interview kat UPNM itu hari, akak jeleous tengok orang lain. Dorang semua parents temankan. Tapi akak abang apit yang hantarkan, tak ada orang nak temankan akak. Kalau abah ada , mesti abah temankan akak kan. Mak tak boleh nak hantar akak, jauh sangat mak nak drive pergi KL tu.

Maafkan akak, bukan akak tak boleh nak terima takdir. Tapi akak rindukan abah, masa 14 tahun tu terlalu singkat. Walaupun abah tak rapat dah dengan kitorang macam dulu, tapi abah still ayah kitorang, suami kepada mak.

Memandangkan hari ney hari bapa, akak nak wish HAPPY FATHER'S DAY! dah 5 tahun tak wish, rasa lain macam pulak. haha


Al-fatihah buat arwah Kamarudin bin Ismail

No comments: