11 July 2011

surat untuk incik fasi-orientasi

assalamualaikum


apa khabar awak disana? mesti awak dah legakan, ea lah orientasi dah habis khamis lepas. mesti awak dapat qada' tidur puas puas, termasuklah saya ; D


first of all, saya dah tau nama awak. so tak payah lah saya nak tanya kan, lagi pun awak fasi kan. mestilah semua orang tau nama awak, awak agak famous lah jugak kot? hee. saya mula perasankan awak hari kedua orientasi, maknanya isnin lepas lah. masa hari fasi fasi semua perkenalkan diri saya tak perasan pun awak, saya tak pandang pun siapa siapa *tipu je lebih.hahah*


macam mana erk saya boleh terperasan kan awk, sebab awak pakai baju pink kot. awak comel dengan baju pink, saya memang suka tengok orang comel comel ney. tapi awak kena ingat, saya bukan gatal. masa tu kita semua pakai baju pink kan. saya dengan semua freshie yang lain semua pakai baju pink. saya rasa kitorang dah macam budak tadika, pakai baju pink, beg merah, buat senaman kat tengah tengah padang. serious comel kot ; ))


ouh, saya ingat lagi masa kita semua main sukaneka tu. alah, masa main pass getah guna straw tu. awak mesti tak ingatkan, tapi saya ingat. muka awak sangat kelakar tau tengok budak group saya main. mana taknya, orang dari depan boleh jalan terus bagi budak belakang, sekali pass 2 getah, guna tangan pun ada. mana lah muka awak tak blurkan, tapi kitorang tak keysa. yang penting bagi saya, kitorang enjoy ; ))


awak mesti tak cukup tidorkan sepanjang orientasi ney. kalau saya tak cukup, awak lagi lagi lah tak cukup. tapi saya tengok awak macam tak ngantok je. saya pukul 11pm saya dah mula mengantok. budak budak group saya dah tau sangat time untuk saya tidur tu. saya banyak kali tertidur masa rehearsal pledge tu, maafkan saya. saya tak sengaja tertidur...


incik fasi-orientasi,


saya ingat lagi masa awak dimalukan oleh kakak fasi yang lain. awak nampak sangat segan, sambail main kayu ape saya pun tak tau. ouh awak sangat comel tau, macam saya cakap tadi, saya suka tengok orang comel ney, macam awak *gatai!!


masa cultural nite group awak buat ape erk? group saya buat boria + shuffle. awak tengok tak? mesti awak tau persembahan group saya kan, ea lah kitorang menang kan ; )) lagi pun kitorang group last yang perform, mestilah kena tengok. hee. even kitorang sangat malu nak buat semua tu, tapi rasanya berbaloi, dapat jugaklah hamper. tapi sampai sekarang dorang tak agihkan lagi, jangan dorang conquer sorang dah lah. kesian saya kan awak ; ((


apa apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kat semua OCs yang jaga kitorang siang, malam. layan karenah kitorang, sediakan makanan untuk kitorang semua. ade je benda tak cukupkan. biasalah, budak budak kt miat ney kuat makan, termasuklah saya. kepada fasi fasi group saya, kak fatin dengan abang amzar, thanx sebab jaga kitorang semua. budak budak andak pulak, seronok dapat kenal dengan korang ; )) 


oklah, sampai sini je lah surat saya untuk awak kan. saya tak tau lah bila lagi saya boleh nampak awak. nama je satu campus, course awak pun saya tak tau, awak sem berapa pun saya tak tau. saya tau nama awak je, kira oklah tu kan. hee. ok lah,papai..


p/s lebih nak bercerita pasal minggu orientasi je 

No comments: