13 August 2011

kami TERTIPU

Siang tadi, aku, A dan B (aku macam tak berani nak mention nama dorang kat sini) ada lah sembang sikit sikit. Then terbukak lah cerita yang yang si B ney pergi berbuka puasa kat luar semalam. tapi dia terasa tertipu. Tertipu sebab apa..? sebab cara ajakan kawan dia

Kawan kawan si B ney tak nak bagi tahu reason majlis berbuka puasa tu and anjuran siapa. Bila dia sampai kat majlis tu, baru lah dia tahu yang sebuah company MLM yang anjurkan. Same goes to me, aku pernah tertipu jugak sebelum ney, oleh kawan yang aku rasa aku cukup hormat dengan dia.

Tapi cara aku dengan B tertipu lain, B diajak pergi majlis berbuka puasa. Tapi aku diajak pergi seminar keusahawanan. Yes, mesti kau rasa aku bodoh kan. Even classmate aku pun cakap aku bodoh, sebab seminar keusahawanan tu apart of MLM lah. Haish!

Tapi at least, kawan aku tu cakap seminar keusahawanan. Tapi ada budak lain, yang terkena macam aku jugak, dorang diberitahu ney motivasi nak tambah keyakinan. Yes, memang seminar tu agak membantu dalam membina keyakinan. But what’s the point dorang nak sorok, tak nak bagitahu perkara yang sebenar? Sebab takut orang tak nak pergi bila cakap pasal MLM?

A pulak, dia ney pernah ada pengalaman join MLM ney masa zaman sekolah dulu. Dia cakap, 50k(aku tak sure sama ada 50k atau 500k, kalau kau tahu betulkan erk. Mesyeh..) orang yang pertama join MLM ney je yang boleh kaya. Start 50 001 dan seterusnya tak kan kaya. Aku tak pasti, tapi kalau kau fikir logik kan, kalau semua orang join MLM ney, siapa lagi nak join? Dari mana dorang nak dapat duit duit tu kan, sebab duit duit tu pun datang dari downline dorang jugak.


A jugak cakap, dia sebenarnya was was dengan hasil duit MLM tu. Even dia join, tapi dia tak pernah guna duit tu. Sebab duit tu datang dari downline downline. Ada tak kau fikir yang duit tu bukan kau punya, tapi downline downline kau yang punya. Even kau yang persue dorang untuk join MLM ney. Plus, peluang untuk kau dapat RM18k ++++ Cuma sekali je. Lepas tu mungkin tak tak dapat. Tapi kalau still dapat jugak, mungkin rezeki kau kot

Aku jugak terfikir, benda ney boleh buat orang putus kawan. Dan aku pernah dengar  sendiri kejadian ney, one of the leader MLM ney bestfriend dia dah tak nak layan dia dah pun. Even dorang satu uni. Reasonnya, sebab MLM ney lah. Even aku sendiri pun macam dah tak berapa nak layan kawan aku yang ajak pergi “seminar keusahawanan” tu, sebab… mungkin aku rasa tertipu kot. Tapi aku tak adalah sampai marah marah, sampai menangis kawan, macam B buat. Aku still cool ;p

p/s kalau kau perasankan, ramai kot budak uni join MLM ney. So kau yang tengah baca ney, fikir fikir kan lah ; ))
p/s/s ney cuma pendapat kitorg je, jgn butthurt pulak ; )))

No comments: