10 August 2011

kerana pandangan mata itu..

hari ney class aku ada presentation untuk material and hardware. actually sir dah bagi lama pun assignment ney, tapi still ramai tak siap lagi. termasuklah group aku. bila sir panggil, group yang volunteer, semua senyap. sampailah group yang buat spring keluar. group ney sangat comel, kecik kecik belaka. kecuali hudzairi ngn mamat foreigner tu, tak tahu pulak nama dia


lepas group spring habis present, sir nk group perempuan pulak yang present. memandangkan class aku ada dua orang je perempuan, so sama ada group aku or maria yang akan present. lepas je sir cakap macam tu, aiman terus pusingkan kepala dia kebelakang.  terus dia pandang aku macam ney

lebih kurang macam ney ar

sambil berkata, "mira, kau pergi mira!" aku pun terus pandang maria dan tundukkan muka. tak berani aku nak pandang depan, sebab aiman sangat menakutkan time tu. then, maria bangun sebab sir asyik tengok dia je. bila maria bangun terus aiman cakap, "maria, kau duduk!" maria terus duduk. 

akhirnya, group maria jugak yang present. dan aku rasa sangat serba salah kat maria. nak tau kenapa aiman jadi garang macam tu? sebab aiman dan maria satu group, kalau maria pergi maknanya group dorang yang kena present.

so, kerana pandangan mata tu lah aku tak berani nak tengok aiman dah lepas ney. huih!


2 comments:

Aida Syafika said...

hahaiyokkk.. habis kau

Mira said...

semalam aku jmpe dia au
mmg xpndg dia lgsg ar.haha
nsib bek bkn 1 grup dgn dia,pheww