07 August 2011

persediaan sebelum masuk universiti

lepas raya ney, ramailah budak budak lepasan STPM, matrikulasi, asasi, diploma dan seangkatannya daftar universiti. so,memandangkan aku da daftar awal july lepas, aku nak share lah sikit dengan kau yang tengah baca apa yang aku tulis ney, apa yang kau kena buat *muka bangga*.



  1. Duit
    pastikan masa kau baru masuk tu, wallet kau penuh dengan duit. tapi bila wallet penuh dengan duit tu, pandai pandailah kau jaga duit tu. jangan bagi hilang pulak, tu adalah tanggungjawab anda sendiri ; ))
    kenapa aku suruh bawak duit banyak banyak, sebab time awal awal masuk lah banyak nak guna duit. dengan nafsu makan lagi, especially lelaki. aku selalu tengok lelaki kt UniKL ney, kalau membeli belah makanan kadang kadang sampai rm10, tu baru lunch. tak kira lagi breakfast, minum pagi, hi tea, dinner dan supper. aku tak tahu lah berapa banyak duit jalan. selain tu, awal awal ney duit banyak guna untuk photostate notes yang lecturers bagi. macam aku, dah sebulan aku kt sini selalunya duit aku habis dekat photostate je.
  2. makanan
    sebelum kau daftar tu, pastikan stock makanan kau sangat banyak. ko khaskan satu luggage untuk isi makanan sahaja pun tak apa, dibenarkan. sebab, macam aku bagitahu sebelum ney, nafsu makan tu tak dapat dikawal. so kalau rasa nak makan tak payah nak beli dah, dalam locker je dah penuh dengan makanan. lagi pun tak tahu lagi kan harga makanan kat cafe uni kau, so kumpul makanan banyak banyak adalah cara paling selamat
  3. study
    sebelum daftar, rajin rajinkan lah diri tengok subjek apa yang kau bakal belajar untuk awal sem ney. then boleh lah study sikit sikit. selalunya apa yang kita belajar nanti ada kaitan apa yang kita dah belajar dulu, so tak adalah kau terkontang kanting masa first class kan. selalunya satu lecture tu kan ramai, mesti selalu terleka kan. sedangkan aku satu lecture dalam 26 orang pun aku boleh hilang fokus, ney kan pulak ramai ramai
  4. pakaian
    pakaian ney sila bawak banyak banyak ok. lagi lagi time orientasi, kau tak kan sempat nak basuh baju punya, melainkan kau sanggup tak tidur untuk satu hari. kau bawak je 2,3 luggage, tak ada siapa nak marah kau. baju kau, bukan baju orang lain pun kan. nanti tak adalah pening pening kepala fikir nak pakai baju apa pergi kelas. tapi aku lebih suka pergi kelas pakai baju kurung, tak payah nak pening pening kepala nak pakai baju apa. pakai baju kurung kan senang. tapi kalau dah susah sangat, kau usulkan kat uni kau supaya buat uniform macam UniKL ney. semua pakai baju sama je, tak de nak pening kepala dah.
  5. tidur
    sebelum kau masuk uni, pastikan tidur kau dah kembali normal. ealah, dah duduk kt rumah berbulan bulan, tidur tak tentu hala. tidur awal pagi, bangun tengah hari. aku pun selalu buat kat rumah, so nak bagi normal balik aku setkan dalam kepala otak aku untuk tidur macam normal balik. so tak adalah nanti dalam class aku mengantuk. kalau nak tips lebih mendalam, baca kat sini
so, aku rasa cukuplah 5 persediaan untuk kau sebelum masuk uni ney kan. semoga kita semua dapat tempuhi zaman universiti dengan jayanya, amin. lupa pulak, selamat menempuhi azab orientasi, aku dah lepas pun *gelak jahat*

1 comment:

Anonymous said...

Bab duit tu memang susah nak kawal. Cuba kawal macam mana pun tetap lari. Top up, print notes, basuh kain, transport lagi. Lepas tu kalau kita mengadu kat parents dia kata kita boros. Tak pandai jimat lagi.