29 August 2011

surat untuk incik spekputih


Assalamualaikum

Kehadapan Incik SpekPutih yang sentiasa di hadapan saya, saya harap awak sehat disamping roomate(s) awak. Saya disini sehat, tapi tak ada roomate(s) macam awak.

Izinkan saya perkenalkan diri saya, nama saya Mira. Orang panggil saya pun Mira, jadi awak pun kenalah panggil saya Mira, macam orang lain jugak. Nama awak apa, saya sesungguhnya tak tau nama awak, even kita sekelas time Islamic Studies. Sebab, saya malas nak tanya nama awak dekat kawan kawan saya, nanti saya malu. Kalau saya malu, memang tak pernah nak comel awak tau.

Ok, apa tujuan saya tulis surat kat awak? Saya pun tak pasti, mungkin saya sebab saya suka mengabadikan kecomelan lelaki lelaki yang saya rasa comel dalam blog saya. Awak rasa apa..?

Incik SpekPutih,

Pertama sekali, awak telah berjaya menarik minat saya untuk usha dan terus mengusha awak time Islamic Studies daripada mengusha classmate saya yang lain. Nak tau kenapa saya suka usha awak? Sebab awak suka tidur time Islamic Studies, even awak duduk depan ustaz sekali pun. dan errrr… awak kelihatan comel ketika awak tidur *blushing*

Dan dari detik tu, saya selalu lah usha awak time Islamic Studies. Dan ketika awak tidur jugak, tapi kan saya lagi suka usha awak dari belakang ; )) ouh sila jangan cakap saya pervert, gila gatal atau apa saja. Saya hanya menikmati keindahan Tuhan saja, jadi jangan memandai mandai cakap saya pervert ok. Ini adalah satu amaran !

Memandangkan kita hanya jumpa seminggu sekali je, jadi haruslah bagi saya untuk menggunakan masa yang sebaik mungkin untuk kita berdua. Even ada ramai lagi orang dalam kelas tu, tapi saya andaikan hanya kita berdua dalam kelas tu. Dan even awak tak pernah pandang saya, biarkan lah hanya saya yang pandang awak dari belakang. Lagi pun awak kelihatan comel daripada belakang ; )) ouh betapa positifnya saya ; p
Tahniah kepada awak jugak kerana telah berjaya menjebakkan saya dalam aktiviti tidur dalam kelas Islamic Studies. Tu lah padahnya asyik usha awak je, saya pun terjebak sekali nak tidur dalam kelas. Terima kasih kepada awak ; p

Ok, cukuplah setakat ini surat saya. Nanti lepas cuti raya kita jumpa lagi ok. Nikmatilah cuti 2 minggu kita sebaik mungkin, jangan lupa kumpul duit raya banyak banyak tau. Nanti awak boleh belanja saya makan kat Hasan, tapi dalam mimpi saya je lah ok ; ))

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ; ))

No comments: