16 September 2011

aku takut nak...

 Aku masih dalam mood untuk berduka lara. Banyak sangat kerisauan yang aku fikir sampai aku sendiri tak boleh nak tidur. Kat bawah ney aku list kan antara benda benda yang aku takut nak buat

1.      Delete message
aku sangat takut nak delete semua message yang dia bagi dalam minit terakhir kitorang. Apa yang kitorang bincangkan, apa kemahuan dia dan itu mungkin terbaik untuk kitorang. Sampai inbox aku penuh dengan message message dia saje. Lagi pun, aku tak nak lupakan satu pun apa yang kitorang lalui dalam minit minit terakhir tu.
2.  
T    tukar status FB
pada mulanya aku memang tak nak tukar status FB aku. Aku takut dia fikir aku memang nak kan perpisahan ini kalau aku terus tukar status aku. Tapi rupanya dia yang tukar dulu. Agak sedih lah jugak bila tengok dia dah tukar status dia. Macam aku dah betul betul tak ada apa apa dengan dia. Even aku dah tukar, aku still tak berani nak letak single.

3.      Delete gambar
baik dekat FB, phone atau dalam lappy aku. Aku tak berani nak delete gambar tu semua. Even sampai sekarang aku still tengok gambar gambar dia yang ada dalam simpanan aku. Aku takut, aku tak nak lupa dia walau sekejap pun. Aku takut aku lupa muka dia. Even dia pun tak delete gambar kitorang kat FB dia, tapi tak tau pulak kan yang dalam simpanan dia macam mana.

4.       Tanggalkan cincin
aku kalau boleh tak nak tanggal kan cincin yang dia bagi tu. Lagi pun aku dah biasa pakai cincin, bila tanggal rasa lain macam. Tapi disebabkan jari aku melecet *tanda aku bertambah gemuk* terpaksa ar tanggal. Itu pun cincin tu aku pakai dekat rantai.

5.      Dia lupakan aku
ini adalah perkara yang paling aku takut. Aku tak nak dia lupakan aku. Nampak macam pentingkan diri kan. Tapi aku betul betul tak nak dia lupakan aku. Aku nak dia ingat, even sebagai kawan pun tak ape. Dia macam nak larikan diri dari aku sekarang, dia nak lupakan semua hal pasal kitorang. Aku tak nak macam tu, even kitorang sekarang dah tak ada apa apa aku still nak dia jadi kawan aku macam dulu. Agak selfish kan aku?

2 comments:

Aida Syafika said...

be strong girl. i'm here always :)

Mira said...

terima kasih awk ; )))