18 September 2011

surat untuk incik moyang

Assalamualaikum

Kehadapan incik moyang yang berada dirumah tu, saya harap awak sehat disamping keluarga awak tersayang. saya disini masih didalam keadaan sehat.



bagaimana dengan keadaan awak, saya harap awak dah boleh membiasakan diri tanpa saya dalam hidup awak. saya masih belajar untuk menerima hakikat bahawa awak dengan saya dah tak ada apa apa lagi. 


yeah, kita masih lagi contact buat masa sekarang ini. tapi keadaan tu rasa sangat pelik. kita sangat awkward kan. tak tahu macam mana nak luahkan isi hati masing masing. kita memang dah tak boleh kembali kepada keadaan yang sebelum ini lagi awak...


awak pernah tanya saya kan sama ada saya nak balik semua barang yang saya pernah bagi kat awak. kalau boleh saya nak semua tu balik, termasuklah awak. saya nak awak kembali dalam hidup saya macam dulu. tapi saya tak sanggup tengok barang barang tu balik. suka hati awak lah nak buat apa, tapi kalau boleh saya nak awak simpan. saya nak awak simpan semua benda tu, saya nak awak ingat saya sampai bila bila. kejam ke saya...?


cincin awak saya nak simpan. tapi kadang kadang saya tak sanggup tengok. mesti saya teringat awak, saya tak boleh lupakan awak. tapi awak nak saya lupakan awak. cari lelaki lain untuk gantikan awak. awak tau kan saya macam mana, betapa lamanya saya nak terima awak dulu. tak kan senang senang saya nak cari yang lain.


awak selalu cakap, ney bukan salah kita. tapi salah parents kita, dorang yang nak kita macam ney. tapi saya tak nak awak fikir macam tu. saya tak nak awak salahkan siapa siapa pun, bukan salah parents kita, salah saya mahu pun salah awak. tapi keadaan yang memaksa kita. jodoh kita sampai sini je. mungkin saya tak cukup baik untuk awak, banyak lagi perempuan kat luar sana yang lebih baik dari saya.


awak, saya rasa cukuplah sampai sini kan. saya tau awak dah terasa hati dengan semua benda yang berlaku dekat kita. susah bagi saya dan awak nak lupakan 2 tahun 10 bulan 20 hari  kita bersama. saya harap awak happy dengan hidup awak...

wassalam...

No comments: