05 October 2011

Awak, Please Stop Blaming Others

Perpisahan, break up, clash, putus. Ok apa yang aku cuba nak sampaikan ney?


Setiap permulaan mestilah ada pengakhiran. Sama jugak dengan sesuatu hubungan tu. Tak kisahlah kawan, couple mahu pun suami isteri. Cuma cara perpisahan tu je yang berbeza. Mungkin akan berhenti ditengah jalan, atau ajal yang menjadi pemisahnya.


Berhenti ditengah jalan. Tuhan mungkin telah menetapkan, ada yang lebih baik pada masa akan datang daripada yag dahulu. Lupakan yang dahulu, mulakan hidup baru. Hanya satu sebab mengapa Tuhan tetapkan begitu, TIADA JODOH.


Sebab mengapa sesuatu hubungan itu berhenti ditengah jalan hanya dijadikan sebab, agar ia tidak kelihatan terlalu ketara. Sama juga dengan mati, mati itu adalah menjadi satu kepastian. Cuma sebab kematian dalam Sijil Kematian saja yang berbeza.


Awak, jangan salahkan sesiapa. Mungkin dah termaktub sejak dulu lagi, kita memang tak ada jodoh. Punca tu hanya dijadikan sebagai penyebab, jadi tolong jangan salahkan sesiapa lagi. 


Lets our love remain for ourselves.

No comments: