19 October 2011

Mari Belajar:Merawat Pengaratan

Assalamualaikum


Hari ney untuk subject Material and Hardware, kitorang masuk bengkel!! Agak excited. Aku lagi rela duduk dalam bengkel dari pagi sampai petang, luka tangan dari duduk dalam kelas belajar teori. Ouh, sangat bosan meyh.


Oleh itu, meh dekat sikit. Aku nak ajar macam mana nak buang karat dekat kapal terbang ney. Nanti boleh laa kau try kat rumah. Try kat pagar rumah kau ke, mana tau jadi kan. HAHA



1) First of all, tandakan dulu area yang korang nak inspect for corrosion macam gambar kat atas tu. Nanti tak adalah kacau kawasan lain yang tak ada kena mengenakan. Kemudian korang sapu paint removal dekat kawasan tu menggunakan brush. Bukan sapu tau, TONYOH! *HAHA, aku tak tau bahasa apa yang sesuai digunakan* Supaya ada tekanan kat atas cat tu.


2) Ok, bila dah habes tonyoh guna berus tu cat tu akan mula mengedut. Alar, macam cat bila kena air tu *macam betul kan fakta aku ney,HAHA* Lepas tu kau ambek plastic scrapper untuk buangkan cat dari permukaan aluminium tu. Lihat gambar diatas ok. Ko buang laa cat tu sampai licin guna paint removal dan plastic scrapper tu ok.


3) Bila dah licin macam kat atas tu, bilas dengan air pulak. Nak bagi lebihan cat yang ada kat permukaan aluminium tu berambus. HAHA

4) Lepas bilas dengan air, usha kot kot ade karat dekat aluminium tu. Tapi kitorang tak ada corrosion, so terus kan dengan proses seterusnya. In case ada corrrosion, gunalah berus ke, sand paper ke tak pun paling malas ko guna lah plastic machine. Tak tau apa plastic machine? pergi Google!

5) Selepas itu, sapukan Methy Ethyl Ketone (MEK) guna scotch brite. Tak tau apa scotch brite tu? Tanya mak kau, mesti dia tahu. HAHA. MEK ney sapu nak bagi hilangkan cat kat  area yang susah nak keluar cat tu macam kat rivet, skru, etc. 

6) Next step, benda ney kena basuh lagi sekali. Aih, kalau kau perasan buat benda ney asyik main air kan, kan, kan. Lepas tu sila buat water break test. Hurm, tak ada gambar laa pulak. Sila marah Hudzairi, dia lupa nak tangkap gambar tadi. Water break test ney nak check mana tau ada minyak ke atas aluminium tu. Ada faham?


7) Kemudian kita akan sapu Alodine pulak guna span, macam Paly tengah buat tu. Alodine ney dah macam protective coating *aku tak tau cam nak translate dalam BM, harap maklum* untuk aluminuim tu laa. Pastikan masa kau sapu Alodine tu, permukaan aluminium tu dalam keadaan basah. Untuk mengealakkan Aluminium kembali kepada keadaan asal, sebab tendency untuk dorang berubah sangat tinggi, faham. Ouh ya, sepanjang korang buat benda alah ney korang WAJIB pakai respirator tau. Macam yang Hudzairi pakai kat mulut dia. Sebab, bau chemical ney semua sangat lah "wangi", faham!

8) Lagi sekali kita basuhkan aluminium ney, then kita perlu keringkan selama 10 minit untuk proses seterusnya. Bila dah settle kita bermain dengan bahan kimia, macam ney lah rupa dia. Bersih, suci kitorang kerjakan benda alah ney. Suci je kan, macam kitorang. HEE.. Ouh, bila dah lepas 10 minit bilas lagi dengan air buat kali terakhir. Dan keringkan lagi sekali.



9) Bila dah betul betul kering, tak ada setitik air pun kat permukaan tu boleh laa korang memulakan proses spray menyepray cat. Bila dah cat, macam kat bawah ney laa rupa dia. Comel tak kitorang buat, HEE. Masa dorang spray tu, aku dengan Maria lari masuk dalam workshop sebab tak pakai respirator. Sir cakap spray tu beracun, for aviation purpose laa. 

Tadaa.. comel kan, kan, kan. HAHA

Okey, selesai sudah pelajaran kita hari ney ok anak anak. Penat aku bercerita, so lepas ney boleh laa korang try dekat pagar rumah, katil, semua benda yang berkarat. Selamat mencuba !
; ))

p/s Group aku ada 6 orang, Mubin tak ada dalam gambar sebab gambar dia mahal. Aku dengan Maria lagi laa mahal kan gambar kitorang. HAHA
p/s/s First time entry aku ada banyak sangat gambar, rasa pelik!
p/s/s/s Credit to MARIA JAMIL for the pictures


No comments: