18 October 2011

wo yi ren ai ni

Aku tengah buat Physics dengan Maria masa message kau sampai dengan aku. Sesungguhnya aku tak sedar, hari ney dah 18 Oktober 2011. Kalau message kau tak sampai, mungkin aku tak ingat.


Aku berharap, kau pun berharap hari ney dapat aku dengan kau raikan macam tahun tahun sebelum ney. Aku tahu tak guna aku terus memujuk rayu kau, kau tak mungkin akan terima aku balik kan. Tapi apa salahnya untuk aku mencuba, mana tahu rezeki aku mungkin.


Kau tahu kan, aku masih sayang kan kau. Kau pernah cakap dengan aku, kau benci aku. Tapi aku tahu kau sayangkan aku lagi kan, kalau tak, takkan kau boleh contact aku lagi. 


Aku sangat berharap, aku dapat putarkan masa balik. Aku berharap yang aku tak cerita dekat kau  apa yang terjadi, sampai buat kau buat keputusan macam tu. Bagi aku, keputusan untuk cerita hal tu adalah perkara yang paling aku sesalkan.

No comments: