01 November 2011

Manusia Ney Pelikkan...?

Assalamualaikum


Situasi : Di stesen komuter, di depan tren.
Aku dan F terpinga pinga pandang antara satu sama lain.


F : Kau dari mana?
Aku : UniKL, kau buat apa kat sini?
F :  Nak balik laa
Aku : Kau dari mana?
F : UTHM
Aku : UTHM bukan dekat ....? *ok, serious UTHM jauh dr stesen komuter tu ok*

F : Johor!
Aku : Ahaa... 

Terus aku masuk dalam tren.


Aku dan F terjumpa secara tak sengaja, masa aku on the way nak balik Penang. Agak pelik jugak, aku dengan F tak pernah bercakap sepanjang kitorang belajar dekat Kolej MARA dulu.


Samalah jugak aku dengan A (bukan A dalam entry ini), sekarang kitorang sama sama belajar dekat UniKL. Tapi sepanjang aku dengan dia dekat Kolej MARA, tak pernah bercakap. Yeah TAK PERNAH. Kat sini, at least kitorang bercakap kan.


Banyak lagi contoh aku nak bagi, dimana seseorang yang tak pernah bercakap atau bertegursapa, akan memulakan perbualan. Seperti keadaan yang terkejut mengejut macam kat atas tu. Mungkin F terkejut, macam mana boleh terserempak dengan aku dekat situ. Even aku sendiri pun terkejut, dia depan mata aku kot.


Manusia ney pelikkan. Bila dalam suatu keadaan, kau keseorangan dan tiada teman. Jadi kau memerlukan seorang teman untuk berbual. Dan kau nampak seorang manusia macam familiar, "ouh tu schoolmate aku, tapi tak pernah bercakap." Automatik perbualan akan bermula. Yeah, manusia pelik. Termasuk lah aku, kau, kau dan kau.


Tapi ikut keadaan lah yea, kalau dia dah bagi sign ; Tak Nak Diganggu, faham sendiri lah yeaa...

1 comment:

Rey Azr said...

mana pasal aku dengan asfari? aish..