15 December 2011

Muktamad

Assalamualaikum

Hari hari aku menunggu, menunggu sesuatu yang aku pasti takkan dapat. Walaupun aku tahu akhirnya, tapi aku tetap setia menunggu.

Tapi hari ney sudah lain. Aku yakin dengan keputusan aku. Aku takkan menunggu, dan terus menunggu. Menahan rasa, sakit yang aku seorang pendam. Ouh, dia juga mengalami sakit yang sama.

Atas dasar apa aku tak kan terus menunggu? Kerana hanya satu alasan, yang membuatkan aku terus terhimpit dengan rasa bersalah itu. Bukan bermakna hati sudah berpaling. Dan dia mungkin tahu.

Maaf, kerana saya kita berdua jadi begini. Yeah, hal itu adalah perkara yang paling saya sesalkan. Tapi saya tak pernah kesal dalam mengenali awak. Hati ney masih seperti dulu, sedikit pun tidak berubah. Dan tak mungkin saya lupakan segalanya..

1 comment:

Aida Syafika said...

sabar je sayang. things happen for a reason.