02 December 2011

Plastik

Assalamualaikum

Mari kita mengenangkan kenangan masa mula mula masuk Brash. Awal persekolahan semua skema skema belaka, kebanyakan tak kenal antara satu sama lain. Sebelum ney satu sekolah mungkin ada, tapi tak ramai.

Senior selalu bagi nasihat, hormat senior lain. ouh ya, paling penting COUPLE IS HARAM. Kalau ada senior aspura nak berkenalan jangan dilayan, dorang main main je tu. Sebab lelaki kat Brash tu memang tak boleh percaya pun. HAHA

Bila dah masuk sekolah ala ala islamic sampai dapat gelaran Sekolah Menengah Teknik Islam, bukan lagi Sekolah Menengah Teknik Ipoh semua orang mula nak buat perubahan dalam diri. Menjadi yang lebih baik which is good. Tapi ada jugak yang tak bagusnya.

Kat sekolah, kat asrama selalu bagi tazkirah dengan kawan kawan dalam kelas. Berkongsi dari apa yang di dapat dari kumpulan usrah, berkongsi pendapat. Apa yang baik, dan mana yang harus dijauhi. Menjaga perhubungan antara lelaki perempuan dan yang paling penting, couple.

Tapi bila sampai je masa buat jamuan class kat Excelsior, kau yang paling excited nak tangkap gambar dengan 8 orang perempuan yang wujud dalam class tu. Sampai 8 orang perempuan tu pun takut bila tengok kau. Mereka hormat kau, tapi cara kau tu mula buat hilang rasa hormat mereka.

Dan sekarang, apa yang aku fikirkan pasal kau 3 tahun yang lalu memang betul. Kau bagi nasihat bagai nak rak, tapi akhirnya kau jugak yang buat. Aku? Aku tau aku tak seBAIK kau, sekurang kurangnya aku tak plastik macam kau.

No comments: