01 January 2012

Aku Perempuan

Assalamualaikum


Aku perempuan, kau yang membaca jugak mungkin perempuan. Kami bukan bahan ketawa kau wahai lelaki. Dan kami jugak tak suka diketawakan oleh kau. Yeah, kami golongan minoriti disini. Tetapi jangan disebabkan itu, suka suka hati kau nak pijak kami, perempuan !


Maaf, aku cukup marah malam tu. Marah dengan apa yang kau cuba lakukan. Marah dengan reaksi kami semua. Aku tau, kau mengacah. Lagi, kami melayan, lagi kau seronok mengacah. Dan aku cukup marah bila kau jadikan kami sebagai bahan ketawa kau.


Kami bukan pencacai, kuli, bahan ketawa kau. Kami perempuan, seorang manusia. Sila hormati kami, sebagaimana kami menghormati kau wahai lelaki. Jangan jadikan alasan kami sebagai golongan minoriti dan kau golongan majoriti untuk kau buat kami begini.


Maaf lagi sekali, mulai saat itu aku dah tak suka tengok kau. Segala tindak tanduk kau menjengkelkan aku. Dan aku bersyukur, kita takkan berjumpa lagi selepas ney ; ))

2 comments:

Anonymous said...

sapa sapa?? meh nak sekeh

apple.terbang

Mira said...

itu pakcik jaypam xdaq gigi
kahkahkah