07 January 2012

Pasrah Dan Redha

Assalamualaikum

Pasrah dan Redha.

Maria pernah cakap, pasrah tu berserah tanpa kerelaan. Redha pulak berserah tapi dengan ikhlas. Lebih kurang macam tu laa, aku tak ingat sebenarnya. Heeeee. Dua dua punya konsep yang sama, berserah. Tapi dalam situasi yang berbeza.

Minggu depan aku dah mula masuk sem 2. Dan sem hanya aku seorang, tanpa Maria. Maria bakal sambung belajar kat tempat yang lebih baik, yang lebih cerah masa depannya. I am happy for her ; ))

Masa mula mula dulu, Maria agak keberatan nak pergi. Yeah ini cita cita dia dari kecik, takkan senang je nak lepas kan ye dak? Dan dia jugak tak nak pergi sebab tak nak tinggal kan aku sorang perempuan dalam class. Tapi aku selalu cakap, “fikir masa depan kau, jangan fikir aku.” Dan aku betul betul maksudkannya. Yea laa, bila lagi kau nak dapat offer macam tu kan. So gunakan peluang tu sabaik mungkin. Aku sebagai kawan sentiasa sokong kau ; ))

Aku mungkin pasrah dengan pemergian kau, tak mungkin aku redha. Tapi aku nak tengo kau Berjaya, jadi seorang guru macam Sir Razak. Menjawab setiap soalan anak muridnya dengan jelas, detail. Aku tahu kau boleh jadi macam tu kan ; ))

Kau selalu cakap kau risau nak tinggalkan aku sorang sorang dalam class sebab aku selalu takut dengan budak laki class kita, especially Aiman. Aku tak mungkin lupakan muka dia waktu tu, sampai bila bila pun. HAHA. Tapi kau jangan risau, aku dah cukup besar pun. I’m 20 now, big enough ; )) InsyaAllah tak ada apa apa. Kalau ada apa apa pun, Talib kana da. Ouh, Aki si kucing comel pun ada jugak. HEHE. So kau jangan risau erk, belajar rajin rajin kat sana. Kitorang semua kat UniKL ney sentiasa doakan kejayaan kau, especially BMe 1 ; ))

Aku tak kan cakap Selamat Tinggal dengan kau. Macam kau cakap, Selamat Tinggal tu macam kita takkan jumpa lagi. So, aku akan hanya cakap Semoga Kita Berjumpa Lagi ; )) InsyaAllah, aku dan kitorang semua akan hantar kau nanti. Dan kami sentiasa mengalu alukan kedatangan kau di UniKL.

3 comments:

AppleAppleTerbang said...

Mira. Thank you. Air mata tetiba keluar. Dah la tetiba keluar lagu I believe (Maher Zain) kat laptop ni. Part aku jadi cam Sir Razak, HAHAHA, kesian anak murid aku nak tahan gelak nnt xD Kalau kau takut, roger ja aku. Laju je aku on Skype hehehe...

ps : lepas baca ni, baru prasan asal la aku byk sgt falsafah ni? aigogoo

Mira said...

hahaha,bole jd philosopher pas ney ; p
ok,terus aku msg kau.msg murah je an kalau aku hantar ke kau ; ))

AppleAppleTerbang said...

haha RM0.01 sahaja. aku yang jenuh nak bayar RM2.00/sms *mulut terbuka*