13 January 2012

Kisah Di Suatu Pagi

Assalamualaikum

Di suatu pagi yang hening, telefon murah ku berbunyi. Teett, teett, teett.

A : Result dah keluar?
Aku : Tak tau laa, kau try laa check. Aku tak check lagi.

Lalu menarik bantal peluk kesayangan.

Telefon murah ku berbunyi lagi, Teett, teett, teett.

B: Result dah keluar.

Mata terbeliak, badan automatik bangun dari tidur yang tak berapa nak panjang. Baca lagi sekali text tu, untuk kepastian. Ok, confirm betul.

Tawaf satu rumah. Cari makanan kat dapur, sandwich. Tawaf lagi. Bukak laptop. Grab another sandwich. Cari broadband. Tunggu bukak ecities, lama sangat. Ambik sandwich lagi. Dan result keluar !

Sedikit hampa, tapi mencapai target. Sudah dijangka, dan diluar jangkaan jugak. HAHA. Yang penting, bersyukur dengan keputusan ; ))

Mula menguap, menguap dan menguap lagi. Tapi masih bertahan

Tepat jam 3.30 petang, ambik keputusan untuk tidur. Mengantuk tak dapat tahan lagi, gara gara tidur 'awal' sangat.

Natijahnya, result keluar sila tidur awal. Supaya tak jadi mereng sampai tawaf rumah 2 kali ; ))

No comments: