20 January 2012

Terkenang

Assalamualaikum


Malam. Jumaat. 20 Januari 2006


Aku sedang sibuk membalut hadiah. Lusa birthday Fiera. Aku dengan Ayu dah plan nak pegi rumah dia. Esok jugak ada merentas kat sekolah, so kena tidur awal malam ney.


Phone mak berbunyi, aku cuma mampu mendengar je. Tak lama kemudian mak masuk bilik, "jom bersiap. Abah jatuh." Aku dan kakak kakak aku terus bersiap, cepat.


Aku dengan hanya memakai baju tidur, naik dalam kereta ayah pergi kilang abah kerja. First aku pergi tempat kerja abah, semenjak abah bertukar ke Port semula. Family aku sampai, kawan kawan abah mula sampai. Ouh aku nampak Ainur, dia pun ada sekali dengan abang dia.


Kami duduk ditepi abah, agak jauh. Cuma mampu melihat, tak berani nak buat apa apa. Kami diminta untuk bersedia. Diberikan setiap sorang surah Yasin, kami sama sama membacakannya. Sambil menunggu Ambulans dan anggota polis yang sesat datang kemari.


Dan seperti yang dijangkakan, abah telah pergi untuk selamanya. Kemudian di bawak terus ke hospital, masih ada urusan yang perlu diselesaikan sebelum di bawak pulang ke kampung.


Al-Fatihah buat arwah Kamarudin bin Ismail. Semoga rohnya dicucuri rahmat, amin 

No comments: