22 March 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum

Aku datang, kalian buat muka terkejut. Aku mula keseganan. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan, apa yang patut aku mulakan?

Kalian mula memulakan perbualan, sedikit demi sedikit aku mula selesa. Kalian bertanya itu, berkata ini. Dan aku menjawab itu, berkata ini. Kalian mendengar, TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH kerana memulakan perbualan itu.

TERIMA KASIH kerana membuatkan aku berasa selesa.

TERIMA KASIH kerana melayan aku.

Pertama kali aku begitu dengan kalian, selalu aku dengan mereka saja. Mereka itu, tersangat biasa dengan aku. Tapi kalian, ini pertama kali. HEH.

Maaf, aku tak pandai memulakan. Ianya pelik untuk aku, AWKWARD mungkin. Ouh, bukan mungkin. MEMANG AWKWARD pun.

Kepada mereka mereka yang aku pernah takut, TERIMA KASIH kerana mengurangkan ketakutan aku kepada kalian. Sekurang kurangnya, aku mampu bercakap, bertentang mata dengan kalian sekarang. HEH

No comments: