26 March 2013

Berfikir Lagi

Assalamualaikum

Sem 3
Hati berbunga bunga bila mendapat perkhabaran mengatakan UniKL sudah mendapat kelulusan dari pihak atasan Malaysia. Tetapi bersyarat, setiap pelajar yang ingin mengambil ujian untuk setiap module perlu ditapis - Screening Test

Sem 4
Dua Screening Test telah aku ambil pada sem lepas, Alhamdulillah aku lepas untuk ujian yang sebenar. Pada awal sem sudah diadakan taklimat pengenalan untuk proses mengambil ujian tersebut.

Tapi, sekarang sudah hujung bulan 3. Taklimat tersebut pula diadakan pada hujung bulan 1, tetapi masih tiada sebarang berita. Aku masih menunggu surat pengesahan dari UniKL yang mengatakan aku sudah layak untuk mengambil 2 module. Dan ura ura untuk screening test untuk module seterusnya jugak masih tidak kedengaran.

Ini bukan satu satunya pilihan yang aku ada, aku masih mempunyai lagi 2 pilihan. tapi kenapa aku tidak memilih yang lagi 2 itu? Mereka tidak bagus? Bukannn... Masalah utama aku disini adalah wang. Yaa, wang atau jugak dikenali sebagai duit. Jika mampu, memang sudah lama aku memilih yang lain.

Di UniKL ini snediri jugak menyediakan program seperti yang aku mahukan, tetapi dari Germany. Banyak kali diajak teman teman, tapi terlalu mahal untuk aku, Perlu aku berhenti belajar disini dan fokus kepada license saja di UniKL?

Program dari Britain lebih murah, berbanding UniKL. Tetapi UniKL menyediakan class, tapi dari Britain tersebut? aku perlu mengulang kaji sendiri, sama seperti aku ambil license dari Malaysia. Teman teman ku sudah ada yang mengambil program ini, dan mereka sedang menyiapkan beberapa prosuder saja lagi.

Aku buntu sekarang, ada orang kata seperti ini, ada yang kata seperti itu. Apabila aku sudah tekad mahu ambil dari Malaysia, pengurusan UniKL ini membuatkan aku menanti buah yang tak kan gugur. Perlukah aku ambil dari Britain? Germany? Itu memang aku tolak awal awal, jauh dari kemampuan ku. Heh

Biarkan aku berfikir, berfikir sejak dari sem 3 sehingga aku sendiri tak mampu berfikir lagi. Terima kasih yeaa kerana sudi membaca celoteh panjang aku ini

p/s Bahasa Malaysia A+

No comments: