05 April 2013

Hak Kita

Assalamualaikum

Jelejah Anak Malaysia. Terengganu

Hari ke-7, Kuala Terengganu.

Seperti biasa, Suara Rakyat perlu dilakukan. Kali ney di sekitar Mydin dan Giant Kuala Terengganu. Kami memilih ke Mydin. Ouh ya, sebelum aku lupa. Suara Rakyat itu adalah sebuah survey.

Sebelum masuk ke Mydin, kami singgah dulu di sekitar tapak ekspo betul betul balakang Mydin dengan 2 niat. Suara Rakyat dah shopping. Heh.

Yang lain sibuk dengan responden masing masing, aku pula menuju ke sepasang suami isteri. Lengkap berbaju batik. Aku kira pegawai kerajaan mungkin.

Aku mula bertanyakan soalan soalan, dan apabila selesai aku memberikan buttons "We Love Malaysia" kepada pasangan tersebut. Dan Pakcik tersebut sempat berpesan kepada aku sebelum aku pergi,
Haa Dik, pasal button ney. Kat sana nanti dia ikut berapa banyak kerusi yang dorang dapat. Kalau banyak dorang dapat, bila bila masa je dorang bole ubah apa yang kita ada sekarang ney. Tolong bagitau orang lain yaa
Seperti bau bau politik kan. Aku tak pandai pasal hal begini. Tapi bila aku fikirkan balik, betul apa yang Pakcik tu cakap. Tapi hal ini bergantung kepada individu kann, Selamat beramal ;)

p/s Aku tak tau nak bagitau orang pasal hal ney, kawan kawan aku kebanyakan masih tak cukur umur untuk mengundi. Haha.
 

No comments: